Tips Bila Putus Cinta..
Zaman sekarang hampir semua remaja dalam dunia ni bercinta dan pernah bercinta. Samaada dari bangku sekolah, universiti atau alam pekerjaan. Cinta tu datang dan pergi. Manisnya bila cinta datang tapi pahit betul bia dia pegi kan. Biasa la tu. Nak2 kalau cinta yang datang tu cinta pertama. Hehe.Apa yang aku cuba nak terangkan dalam blog aku kali ni pasal cara untuk membuatkan kita lebih mudah menerima hakikat kehilangan cinta. Aku mengaku aku sendiri pun frust menonggeng jugak. Tapi style aku, aku tak la tunjuk secara fizikalnya yang aku putus cinta. Aku masih gak boleh huha2 macam biasa, makan tak pernahnye la kurang, happy jek ngan kawan2. Style aku masa putus cinta tu, aku simpan dalam hati n aku lepas geram dengan tulis kat blog jek.Tapi bila difikir balik, tindakan tu sebenarnya bukanlah jalan terbaik. Aku buat sesuatu yang salah. Tapi takpe. Seronok buat salah sebenarnya. Sebab aku banyak belajar dari hidup aku. Hidup aku penuh warna. Tu kelebihan aku..
ermm merapu banyak dah ni. We go straight to the point. Pada aku la kan, masa mula2 putus cinta tu, kita kena reflek balik la apa yang kita buat n dapat sepanjang masa kita bercinta dengan si dia. Renung balik. Okay, aku bagi contoh diri aku la. Aku bercinta 3 tahun lebih. Bila putus, aku fikir balik apa yang aku sepatutnya boleh dapat dalam masa 3 tahun lepas tapi aku tak dapat. Bila kita dah kenal pasti, kita akan rasa betapa kita dah rugi banyak masa dengan bercinta ni. Banyak perkara lain yang lebih penting untuk kita buat. Tu belum kira lagi perkara lain yang menanti esok lusa kan. Jadi, stay focus dengan haluan hidup kita. Kita kena jadikan apa yang berlaku tu sebagai satu burning desire untuk kita melangkah ke hadapan.

Kedua, sibukkan diri anda dengan usaha untuk mengejar impian. Sebagai contoh, aku seorang pelajar. Jadi sibukkan diri aku dengan assignment, tutorial dan macam2 lagi la. Memang la masa mula2 tu susah kita nak lupakan si dia. Aku paham sangat. Kalau study pun nampak jugak muka dia dalam ingatan kita. Tapi cuba kalau kita fikir sebaliknya. Macam aku, cara yang terbaik bila aku nak study pun terbayang muka dia, aku bayangkan aku nampak dia happy dengan orang lain. Jadi kalau dia boleh happy, kenapa tak aku pun happy kan. Come on la. It's all in your mind. It's just an imagination.
Ketiga, kita kena ingat yang kita masih ada family dan kawan2. Putus cinta tak menjadikan semua manusia kat muka bumi ni mati or hilang an. Takkan la saat terputusnya hubungan cinta romantika tu, dalam masa sama, semua makhluk kat muka bumi ni hilang lesap n tak dapat dikesan. Tinggal kita sorang jek terpinga2. Mana ada macam tu an3?? Haa, jadi ingat la yang kita masih ada lagi family dan kawan2 yang sentiasa boleh buat kita happy. Cinta tu boleh dicari. Sampai tahap boleh dibeli lagi tau. Jadi takde apa la yang nak dirisaukan.

Aku tak menangis pun masa putus cinta. Aku hati kering. Air mata susah nak keluar. Keras hati agaknya. Tapi realitinya memang ada orang yang menangis bila putus cinta walaupun lelaki. Perempuan tu toksoh kabor la. Banjir pun boleh. Hehe. Cuma pada aku tak berbaloi sebenarnya kalau menangis disebabkan cinta yang pergi tau. Cuba korang renungkan nasib rakyat yang hidup susah, hidup dalam perang, nasib orang Islam kat Iraq, diseksa n dibuat macam binatang. Korang pernah tengok macam mana askar AS sengaja lepaskan anjing liar untuk baham seorang wanita Arab? Anjing tu gigit2 badan perempuan tu. Tangisan manusia yang merasa azab dan seksa dunia tu lebih teruk tau tak. Kalau setakat putus cinta ni, eyy, aku ase orang2 yang menangis kat Iraq tu sebab berperang or tak cukup makan pun boleh berhenti menangis jap n gelakkan korang dulu sebelum sambung balik nangis sebab tak cukup makan or berperang. hahaha. Kesusahan diorang tu lebih hebat lagi. Jadi kenapa perlu kita mengalirkan air mata kan. Air mata tu hanya perlu keluar bila kita gembira sangat. Bukan sedih. Contohnya masa kita terima anugerah pelajar cemerlang ke, dapat title "DATO" ke. Ni kalau nangis sebab cinta, hmmm buat malu beb..
Last but not least, dekatkan je diri dengan Dia. Cinta pada Allah jugak la yang kekal. Tu la yang lebih baik untuk kita. Apa yang berlaku tu ada hikmahnya. Si dia pergi, maknanya ada lagi orang yang lebih baik dari kita. Atau ada rezeki lain yang menanti kita. InsyaAllah.

Kesimpulannya, kehilangan cinta ni perkara biasa jek. Jangan kita terlalu ikut emosi. Ikut kewarasan akal fikiran kita. Fikir positif. Tak perlu sampai nak bunuh diri plak. Senang2 jek boleh check in kat neraka jahanam nanti. Jadi renung2kan dan selamat beramal. hehehe :-)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar